PERODUA LANCAR MODEL S-SERIES – ALZA, VIVA DAN MYVI

PERODUA LANCAR MODEL S-SERIES – ALZA, VIVA DAN MYVI

0 429

Perodua Lancar Model S-Series – Alza, Viva Dan Myvi | Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 jenama Perodua di pasaran, Perodua telah memperkenalkan kereta daripada segmen S-Series bagi model Viva, Myvi dan Alza bermula semalam. Ketiga-tiga model berkenaan iaitu Viva S 1.0L, Myvi 1.3 SE dan Alza S 1.5L itu ditawarkan pada harga antara RM34,774.30 sehingga RM56,517.00 seunit di seluruh rangkaian Perodua.

Kelainan yang ada pada model baharu S- Series ini boleh dilihat daripada beberapa prospek seperti reka bentuk yang lebih menarik, kepelbagaian aksesori-aksesori tambahan dan juga stereng berkuasa tinggi yang dijual pada harga berpatutan. Selain daripada warna-warna model Perodua yang sedia ada di pasaran, model S-Series ini turut didatangkan dengan warna eksklusif iaitu Ozzy Orange.

perodua s-series alza viva myvi

Berikut adalah Senarai Harga Model Perodua Viva, Myvi dan Alza S-Series:

MODEL MANUAL (SOLID) MANUAL (METALLIC) AUTO (SOLID) AUTO (METALLIC)
VIVA - - RM34,774.30 RM35,174.30
MYVI RM44,924.30 RM45,424.30 RM47,924.30 RM48,424.30
ALZA RM53,517.00 RM54,017.00 RM56,517.00 RM57,017.00

Harga untuk semenangjung Malaysia sahaja. Harga lain-lain sila rujuk laman web Perodua atau pengedar berdekatan.

alza s-series

myvi s-series

viva s-series

Dalam pada itu, Perodua turut menawarkan pemberian servis kereta secara percuma selama tiga tahun kepada mana- mana pemilik Perodua yang mendaftar kenderaan mereka bermula 15 Mac 2013 ini. Khidmat lapan kali servis kenderaan secara percuma yang bernilai kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 itu merangkumi kos buruh, alat ganti upah dan enam peratus cukai.

INFO PERODUA S-SERIES | VIVA | MYVI | ALZA