STADIUM BARU KELANTAN? STADIUM THE RED WARRIORS?

| 16/03/2013 | 0 Comments

Stadium Baru Kelantan? Stadium The Red Warriors? | Lama juga kita mendengar berkenaan isu pembinaan stadium baru Kelantan. Boleh dikatakan sehingga kini ianya masih dalam peringkat perancangan. Pihak berkenaan sudah tentu perlu mengkaji beberapa faktor sebelum projek diteruskan. Ada yang merungut lokasi stadium baru ini terlalu jauh la, tidak sesuai dan macam-macam lagi.

Berkenaan lokasinya pula, ianya seperti yang sudahpun dihebahkan. Katanya, ianya akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Bunyinya sahaja Pasir Puteh, namun ianya hanya terletak bersempadanan dengan Kota Bharu dan Machang sahaja. Kalau tak silap ammboi, ianya berhampinan dengan Kok Lanas, Ketereh. Hanya dalam 25 KM dari Kota Bharu dan lebih kurang jaraknya dengan Pasir Mas dan Machang.

stadium baru kelantan the red warriors di bukit merbau

Inilah gambaran stadium baru Kelantan, Stadium The Red Warriors. Sudah tentu ianya bakal dilengkapi dengan fasiliti yang terbaik untuk semua penyokong Kelantan. Khabarnya, akan ada surau disetiap penjuru stadium untuk memudahkan penyokong Kelantan beragamas Islam menunaikan solat mereka. (Sumber Gambar ~ FB myKelantan TV)

lokasi bukit merbau pasir puteh

Ganbar diatas adalah gambaran ammboi mengenai lokasi Bukit Merbau, Pasir Puteh. Jika salah harap perbetulkan. Semoga dengan pembinaan stadium baru di Kelantan ini lebih menyemarakkan sukan bola sepak di Kelantan seterusnya mengangkat imej negeri Kelantan ke peringkat yang lebih tinggi.


Tags: , , , , , ,

Category: THE RED WARRIORS NEWS

Leave a Reply

Your email address will not be published.