MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

RAKAN RAPAT PUNCA PENCERAIAN NONISWARA DENGAN SUAMI?

| Mar 18, 2013

Rakan Rapat Punca Penceraian Noniswara Dengan Suami? | Akhirnya ikatan pernikahan antara pelakon, Noniswara dan suaminya, Datuk Rosman (Pengerusi U Mobile) selama 4 tahun bakal terlerai juga. Walaupun dia mahukan kebahagian rumahtangganya berkekalan namun Noniswara mengakui tiada siapa mampu menidakkan ketentuan Tuhan.

Noniswara atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin, 42, telah menfailkan sebagaimana yang dituntut oleh suaminya Datuk Rosman Ridzwan, 54, dan paling mengecewakannya adalah kerana kawannya sendiri yang menjadi punca hubungannya bersama suami berantakan.

noniswara

“Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga. Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki. Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami,” katanya dalam laporan Sinar Harian Online.

Noniswara mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rosman, pada 1 Ogos 2009. Sebelum berkahwin, Nonis punyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu manakala Rosman yang berstatus duda ketika itu memiliki lima anak daripada dua perkahwinan terdahulu.

noniswara dan datuk rosman bernikah

“Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai ‘hantu’. Saya tidak kisah sekiranya dia ingin kahwini wanita itu dan menjalani kehidupan poligami. Namun dia tak mahu (poligami) dan suruh saya failkan tuntutan cerai. Dia berjanji akan beri kerjasama,” katanya lagi dalam laporan berkenaan.

Dalam pada itu Noniswara kesal dengan tindakan suaminya gagal hadir pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Menurut Noniswara, dia memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula kes akan berlangsung pada 26 Mac 2013 ini di mahkamah sama.

“Saya berharap agar dia memberikan kerjasama dalam kes ini kerana ia adalah kemahuannya sendiri,” katanya.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.