KLServer

5 SEBAB KENAPA LELAKI SUKA WANITA BERUSIA

| 21/03/2013

5 Sebab Kenapa Lelaki Suka Wanita Berusia | Rasanya pada zaman serba moden ini, seseorang lelaki muda yang berkahwin dengan wanita lebih berusia daripadanya adalah sesuatu yang biasa. Namun tidak dinafikan masih ada pandangan negatif daripada masyarakat. Ada yang beranggapan lelaki yang suka menjalinkan hubungan dengan wanita ini dikatakan suka dimanjankan dengan wang ringgit dan pelbagai hadiah.

Apapun setiap individu berhak untuk membuat andaian masing-masing. Namun ramai antara lelaki yang bahagia berpasangan dengan wanita yang lebih berusia walaupun bukan semua.

lelaki bercinta dengan wanita lebih berusia

Berikut antara faktor yang mendorong yang mendorong kaun lelaki memilih pasangan yang lebih berusia daripada mereka:

  1. Wanita berusia lebih matang dan mempunyai daya intelek yang lebih tajam. Mereka boleh diajak berbincang mengenai pelbagai perkara kerana mereka lebih berpengalaman.
  2. Kebiasaannya wanita yang lebih muda bersifat ‘clingy’ dan juga agak kebudak-budakan. Lelaki biasanya tertarik dengan wanita yang lebih berkeyakinan dan tidak terlalu bergantung dengan mereka.
  3. Wanita berusia kurang merajuk daripada wanita yang lebih muda kerana mereka mempunyai emosi lebih stabil. Kebanyakan wanita berusia bersikap lebih positif dan jujur dalam menyuarakan pendapat.
  4. Kedudukan kewangan mereka lebih stabil berbanding gadis-gadis muda. Sambil menyelam minum air, lelaki muda yang bercinta dengan wanita berusia turut dapat menumpang kestabilan ekonomi pasangannya.
  5. Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan jika dibandingkan dengan wanita muda yang belum bersedia menimang cahaya mata. Setiap lelaki mempunyai jiwa anak kecil yang memerlukan perhatian dan belaian wanita. Jadi, sifat keibuan ini mampu memenuhi sifat manja lelaki.

Jarak umur bukanlah kayu pengukur kebahagiaan dalam sesuatu hubungan itu. Tua atau muda adalah pilihan masing-masing kerana setiap individu berhak untuk membuat pilihan sendiri. Paling penting setiap pasangan harus berkomunikasi dan mencari penyelesaian terbaik jika dilanda krisis!

Sumber ~ GUA


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.