NAJWA LATIF SYUKUR DAPAT 4A DAN RANCANG SAMBUNG BELAJAR JUN INI

NAJWA LATIF SYUKUR DAPAT 4A DAN RANCANG SAMBUNG BELAJAR JUN INI

0 134

Najwa Latif Syukur Dapat 4A Dan Rancang Sambung Belajar Jun Ini | Dalam kesibukannya bergelar penyanyi, boleh juga dapat 4A. Ok la tu kan. Namun, sikap manusia ni mana boleh lihat orang lain senang, ada sahaja nak dikutuk dan dicacinya. Namun bagi Najwa Latif, dia bersyukur dengan keputusan SPM nya itu.

Bagaimanapun ada yang tertanya-tanya kenapa Najwa tidak ke sekolah sendiri mengambil keputusan peperiksaannya itu dan hanya mewakilkan kakaknya sahaja.

najwa_latif

Menurut Najwa Latif, sehari sebelum keputusan keluar, geraknya hati terdetik yang dia tidak memperolehi sebarang A dalam kesembilan mata pelajaran yang diambilnya. Sementara ibunya pula menjangkakan dia hanya akan mendapat 3A. Disebabkan rasa risau dan terlalu gementar, Najwa membuat keputusan tidak mahu pergi ke sekolahnya untuk mengambil keputusan tersebut.

“Sebenarnya sehari sebelum keputusan keluar, saya dan kawan-kawan berjanji nak pergi sekolah dan nak ambil keputusan sama-sama. Tapi malam gerak hati saya kata yang saya tak dapat satu A pun. Saya mula risau dan rasa seram sejuk. Terus saya buat keputusan tak mahu pergi sekolah. Jadi kakak saya yang tolong ambilkan. Saya tunggu di rumah. Saya memang susah hati sangat. Tapi bila kakak telefon dan beritahu saya dapat 4A, saya lega. Allhamdulillah. Saya sampai menangis”, kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim dalam laporan Malaysia Digest.com.

Untuk makluman, Najwa telah memperoleh 4A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Agama Islam dan lulus dalam lima lagi mata pelajaran. Menurut Najwa, dia kini sedang meneliti beberapa buah Universiti Awam dan Swasta untuk melanjutkan pelajarannya. Malah dia mahu mengikuti pengajian dalam jurusan yang diminatinya iaitu Tesl dan dijangka mulakan pengajiannya pada Jun nanti.

Tentang karier nyanyian, Najwa memberitahu dia masih lagi mahu meneruskan karier sebagai penyanyi. Dia akan cuba membahagikan masa di antara nyanyian dan pelajaran. Bintang YouTube ini juga bakal melancarkan single terbarunya berjudul I Love You tidak lama lagi.