KLServer

APA KEPUTUSAN KESATUAN DAN JPA BERKENAAN ISU KENAIKAN GRED JURUTEKNIK J17?

| 25/03/2013

Apa Keputusan Kesatuan Dan JPA Berkenaan Isu Kenaikan Gred Juruteknik J17? | Isu kenaikan gred Juruteknik J17 nampaknya masih menjadi ‘misteri’. Entah bila kerajaan akan bersetuju dan mengumumkan berita ini pun ammboi tak pasti. Boleh dikatakan ianya menjadi tanda tanya warga Juruteknik sekalian dan paling ‘tragis’, ada yang sudah hilang mood untuk mendengar perkembangan ini.

Hampir 30 tahun, warga Juruteknik menerusi Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) memperjuangkan hak mereka. Namun pihak berkenaan hanya sekadar mendengar keluhan mereka dan langsung tiada tindakan susulan.

TINDAKAN PIKET OLEH KESATUAN PERKHIDMATAN TEKNIK SEMENANJUNG MALAYSIA

Jawatankuasa Kerja MTSU yang telah bermesyuarat pada 12 Januari 2013 di Kuala Kangsar TELAH membuat keputusan untuk melaksanakan keputusan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung MTSU pada 3 November 2012 untuk tindakan berpiket di Putrajaya pada 15 Februari 2013 jam 2.00 petang di perkarangan pejabat YAB. Perdana Menteri Malaysia.

Tindakan ini terpaksa diambil kerana para ahli MTSU amat keciwa dengan tiada sebarang tanda dalam mengumumkan skim baru untuk perkhidmatan teknikal yang telah tidak dikaji semula sejak 20 tahun yang lalu.

Dalam skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan oleh Kerajaan pada bulan Mac 2013, hampir semua penjawat awam khasnya kakitangan teknikal telah menandatangani opsyen menerima SBPA! Namun demikian ianya telah dibatalkan dengan tujuan penambahbaikan dan Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan sepatutnya telah menyelesaikan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan pada 31 Disember 2012. Akan tetapi, sehingga hari ini tiada sebarang tindakan positif mengenai pengumuman skim perkhidmatan teknikal.

MTSU inign memohon campur tangan SEGERA YAB. Perdana Menteri Malaysia dalam menenangkan para ahli MTSU khasnya dan anggota perkhidmatan awam pada amnya dengan mengumumkan SEGERA skim yang bakal menggantikan SBPA dan dikatakan lebih baik daripada SBPA.

Dalam memastikan kejayaan tindakan ini, semua ahli MTSU diminta hadir berama-ramai pada 15 Februari 2013 dalam memohon pengumuman skim yang bakal menggantikan SBPA diumumkan SEGERA.

MTSU juga akan memohon sokongan daripada CUEPACS dan MTUC. Selain dari itu, sokongan gabungan antarabangsa iaitu daripada UNI Global Network Union dan Building Wood Workers International (BWI) akan dipohon.

Sekian, terima kasih.

SAMUEL DEVADASAN,KMN,AMN,ANS,PMC,PJK
Setiausaha Agung MTSU
b/p. Majlis Jawatankuasa Agung MTSU

14 Januari 2013

Sampaikan pihak kesatuan pun boleh hilang sabar. Sepatutnya MTSU mengadakan Piket Secara Aman di Putrajaya pada 15 Februari 2013 jam 2.00 petang di perkarangan pejabat YAB. Perdana Menteri Malaysia namun ianya ditangguhkan kepada 28 Februari 2013 dimana lokasi adalah tertakluk pada cawangan masing-masing.

TINDAKAN PIKET SECARA AMAN :

Tindakan Semua Pengerusi Cawangan-cawangan MTSU

Saudara,

TINDAKAN PIKET SECARA AMAN

Adalah saya dengan segala hormatnya ingin merujuk kepada perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan atas pandangan Wakil MTSU di Pasir Mas, tindakan piket peringkat Kebangsaan diubah ke peringkat Cawangan-cawangan. Tindakan ini akan memudahkan ahli-ahli berkumpul setempat tanpa melibatkan kewangan MTSU serta dapat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penarafan semula Skim Perkhidmatan Juruteknik, Pelukis Pelan dan Skim Penolong Pegawai.

Sepatutnya skim juruteknik dan pelukis pelan telah diberikan status J27 mulai 1 Januari 2012 dibawah ‘Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)’ dan Skim Penolong Pegawai di sama tarafkan dengan Penolong Jurutera tetapi ‘SBPA’ telah dibatalkan dengan alasan satu skim yang lebih baik akan diumumkan pada awal 2013. Didalam mesyuarat diantara MTSU dan Jabatan Perkhidmatan Awam pada 12 Oktober 2012 dan 21 Januari 2013, isu skim juruteknik ditawarkan J27 atau J29 masih dibincangkan.

Ini bermakna skim juruteknik dan lain-lain masih belum diputuskan dan ini tidak adil langsung kerana hari-hari ahli MTSU bersara dan mereka bersara atas skim yang lama. Manakala dalam opsyen SBPA peningkatan skim bermula pada 1 Januari 2012. Maka keputusan segera perlu diumumkan oleh Kerajaan supaya para penjawat awam seperti Juruteknik akan tahu kedudukan sebenar mereka iaitu ditempatkan pada Gred J27, J29 atau pun kekal di Gred J17 dan mulai bila? Adakah ianya dibelakangkan ke 1 Januari 2013 atau pada satu tarikh yang lain? Inilah soalan-soalan yang bermain di otak para penjawat teknikal dan satu jawapan yang tepat perlu disampaikan oleh pihak berkuasa.

Memandangkan isu kian rumit dan merisaukan maka mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung MTSU dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang telah bermesyuarat tempoh hari telah mengarahkan saya untuk memohon ahli-ahli MTSU berbangkit dengan satu semangat baru dalam mendesak pihak Kerajaan untuk mengumumkan skim juruteknik dan lain-lain skim dengan segera. Maka difikirkan bahawa tindakan berpiket secara aman adalah tindakan yang paling sesuai.

Kini Cawangan-cawangan PERLU merancang arahan Majlis Jawatan-kuasa Agung dengan mengenal pasti tempat piket serta menghebahkan perkara ini kepada ahli-ahli di Cawangan masing-masing supaya hadir secara ramai-ramai dalam menjayakan piket ini. Piket ini juga akan dijalankan secara serentak oleh semua Cawangan. Butiran adalah seperti berikut:-

Tarikh : 28 Februari 2013 (Khamis)

Masa : 5.00 petang

Tempat : Tempat yang strategik di Cawangan masing-masing.
*Sila maklumkan tempat berpiket kepada Setiausaha Agung
dengan segera.

Saudara juga diingatkan supaya memaklumkan kepada pihak polis mengenai tindakan piket secara aman ini. Manakala masa untuk berpiket adalah pada pukul 5.00 petang (waktu selepas pejabat) kerana piket PERLU dibuat luar waktu pejabat.

Untuk makluman saudara juga tempat berpiket yang paling penting adalah di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Disebabkan perkara ini, Sdr. M.P. Govindasamy selaku Pengerusi Cawangan Putrajaya PERLU memastikan ramai ahli berhimpun di Putrajaya. Mana-mana Cawangan yang ingin memberi sokongan digalakkan untuk turun ke Putrajaya dalam menyertai piket di Putrajaya.

Kerjasama saudara adalah dipohon dalam menjayakan tindakan piket ini dan selagi TIDAK ada komitmen daripada pihak Kerajaan tentang pengumuman tarikh penarafan semula Skim Juruteknik dan lain-lain skim, tindakan piket TIDAK boleh di tarik balik.

Dalam pada masa yang sama, Cawangan-Cawangan adalah digalakkan untuk mengadakan majlis sembahyang hajat supaya dapat melembutkan hati pihak berkuasa dan umumkan dengan segera perlaksanaan skim-skim teknikal yang telah tidak dinaikkan sejak berpuluh tahun.

Harapan MTSU secara ikhlas adalah supaya Kerajaan dapat memahami keperitan kakitangan teknikal dan membuat satu pengumuman dengan SEGERA.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(SAMUEL DEVADASAN,KMN,AMN,ANS,PMC,PJK)
Setiausaha Agung

s.k. – Sdr. Shuhaimi Bin Othman,BCN,AMP,AMN,PPT,PMC,BKT,PJK, Presiden MTSU

- Semua Ahli Majlis Jawatankuasa Agung MTSU

- Semua Setiausaha Kehormat Cawangan-Cawangan MTSU

Namun ianya sekali lagi ditangguhkan atas janji pihak berkenaan mahu menyokong cadangan yang diutarakan oleh MTSU.

surat mstu kepada jpa

Harapan warga Juruteknik sekali lagi punah apabila pengumuman Perdana Menteri pada 11 Mac 2013 yang lepas langsung tidak menyebut mengenai isu kenaikan gred Juruteknik melainkan beliau berkata beberapa usul lain masih dalam kajian.

the star

Bagaimanapun dalam laporan The Star baru-baru ini ada menyebut mengenai kenaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik pada 1 Julai 2013 ini dimana PM mungkin akan umumkannya pada 1 Mei 2013. Khabarnya kenaikan skim berkenaan hanyalah untuk skim teknikal dan pertanian sahaja.

Dalam pada itu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman juga menasihatkan agar penjawat awam sekalian bersabar dan pihaknya beranggapan ada sesuatu yang baik untuk kakitangan awam pada Hari Pekerja 2013 ini atau pada hujung tahun.

Adakah berita mengenai pengumuman pada 1 Mei ini menjadi kenyataan atau ianya sekali lagi hanya harapan palsu untuk warga Juruteknik? Sama-sama kita nantikan. Sehingga kini, keputusan kesatuan dan JPA berkenaan isu kenaikan gred/skim perkhidmatan Juruteknik masih menjadi tanda tanya….


Tags: , , , , , , , ,

Category: Info Kakitangan Awam

Comments are closed.