CARA UNTUK UNSYNC DAN REMOVE PICASA WEB ALBUMS DARI TELEFON ANDROID ANDA

| 27/03/2013 | 0 Comments

Cara Untuk Unsync Dan Remove Picasa Web Albums Dari Telefon Android Anda | Pening juga apabila tiba-tiba album gambar dalam telefon makin banyak. Masa untuk buka Gallery juga makin lambat dan perlahan. Rupa-rupanya Gallery telefon ammboi sudah ter ‘SYNC’ dengan Google Picasa Web Albums.

Benda tu tak ada masalah selain memenatkan telefon anda. Cuma memang tak keruan kalau tengok bahagian Gallery tu nampak berserabut. Biasalah blogger amatur macam ammboi banyak juga upload gambar dalam Picasa Web Albums masa zaman blogspot dulu. Jadi semuanya muncul kat situ.

Penat juga mencari kaedah untuk selesaikan masalah ini. (untuk yang amatur macam ammboi laa..)

Rupanya ada cara mudah sahaja untuk mematikan fungsi sync Picasa Web Album.

Ikuti langkah dibawah atau anda boleh tonton video yang ammboi sediakan.

Langkah Pertama:

  1. Pastikan anda UNSYNC fungsi Picasa Web Album dalam telefon anda.
  2. Caranya: Go to > Setting > Account > Google Account > Uncheck Sync Picasa
  3. Atau: Go to > Gallery > Setting > Uncheck Sync Picasa

picasa

Langkah Kedua:

  1. Sebentar tadi anda dah UNSYNC fungsi Picasa Web Albums. Namun album berkenaan masih kekal ada dalam telefon anda.
  2. Kini anda perlu Go to > Setting > Application > All > Gallery > Clear Cache dan Clear Data
  3. Selesai

picasa2

Cuba lihat kembali dalam Gallery telefon anda. Jika sudah tidak ada maka selesailah. Kalau masih ada cuba ulangi langkah diatas serta restart telefon anda.

Sekian.


Tags: , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.