MULA191014TAMAT190115
KLServer

TIDAK MAHU AKSI GHAIRAH, TIDUR SEKATIL DAN PELUK – FAZURA

| Mar 27, 2013

Tidak Mahu Aksi Ghairah, Tidur Sekatil Dan Peluk – Fazura | Kecoh dengan babak sebuah filem yang menampilkan babak dua pelakon berpelukan diatas katil, tiba-tiba pula muncul isu Fazura yang dikatakan demand dan meletakkan syarat untuknya berlakon. Kononnya Fazura tidak boleh bersentuhan dengan lelaki lain ketika berlakon.

Namun perkara itu dinafikan oleh Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 30. Katanya, itu mungkin salah faham. Dia tidak bermaksud sedemikian cuma dia enggan beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama atau filem. Kata Fazura lagi, jika ada pihak beranggapan selepas membuat keputusan itu dia tidak boleh bersentuhan dengan lelaki, ternyata ia tidak benar sama sekali.

fazura

“Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki.Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh,” katanya dalam laporan mStar Online.

Dalam pada itu Fazura berkata, dia terkejut apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain.

“Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain,” ujarnya.

Terbaru, Fazura dan Shaheizy Sam digandingkan dalam drama Kisah Cinta yang akan disiarkan bermula pukul 9 malam pada 9 April 2013. Drama itu mengisahkan sebuah cinta yang berputik daripada pertemuan yang tidak diingini di mana Fazura sebagai Azalea mahu menuntut mayat bapanya manakala Shah (Sam) menuntut mayat ibunya. Konflik tercetus apabila ibu bapa mereka kononnya dikatakan pasangan suami isteri. Kisah Cinta turut dibarisi pelakon lain seperti Nadia Aqilah, Ungku Ismail, Kuza, Arash Mohd, Nazim othman dan Fazlina Ahmad Daud.

p/s: Kalau tak sentuh lagi baik kan…


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.