KLServer

(MISTERI) ANGGOTA KESELAMATAN NAMPAK KELIBAT ROH PENGGANAS BERKELIARAN DI KAMPUNG TANDUO

| Mar 31, 2013

(Misteri) Anggota Keselamatan Nampak Kelibat Roh Pengganas Berkeliaran Di Kampung Tanduo | Nampaknya anggota keselamatan negara yang sedang bertugas di Lahad Datu Sabah bakal berdepan satu dugaan baru. Selain perlu memburu saki baki pengganas dalam operasi pembersihan, mereka juga terpaksa mengalami kejadian mistik.

Memetik laporan Kosmo! Online, ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut. Sumber berkenaan memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu. Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.

serangan-lahad-datu-sabah

“Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan. Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih. Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang. Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas. Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal,”dakwa sumber itu dalam laporan Kosmo hari ini.

Diharap anggota keselamatan kita tidak gentar dengan kejadian sebegini. Ammboi yakin, mereka cukup kuat dan sudah bersedia berdepan dengan pelbagai rintangan.

Ya Allah, KAU lindungilah pejuang kami dari segala malapetaka. Amin.


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.