MULA191014TAMAT190115
KLServer

UQASHA SENROSE AKUI RAPAT DENGAN PEKIN IBRAHIM

| Apr 1, 2013

Uqasha Senrose Akui Rapat Dengan Pekin Ibrahim | Kakak kepada Nelydia Senrose, yang juga pelakon Uqasha Senrose, akui dia sedang berkawan rapat dengan Pekin Ibrahim. Jelasnya hubungannya dengan Pekin semakin serius sejak menjalani penggambaran bersama filem Paku Pontianak.

Uqasha berkata, bagaimanapun dia dan Pekin masih lagi mengenal hati budi masing-masing dan belum memikirkan perhubungan yang lebih serius.

“Benar kami berkawan dan sedang mengenal hati budi masing-masing. Sehingga kini dia adalah lelaki yang paling rapat dengan saya, tambahan pula dia juga banyak mengajar teknik-teknik lakonan kepada saya,” katanya dipetik dalam laporan mStar Online.

uqasha senrose dan pekin ibrahim

Baru-baru ini, menerusi laman sosial Instagram milik Pekin, dia sering memuat naik beberapa foto-foto Uqasha serta foto bersama. Foto-foto tersebut menunjukkan kedua-dua mereka seperti mempunyai hubungan istimewa antara satu sama lain. Sementara itu, Pekin enggan mengulas tentang perhubungan itu namun mengaku kedua-dua mereka sedang berkawan. (sumber gambar ~ Instagram Pekin)


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN