FAM MENGESAHKAN TUNKU ISMAIL (TMJ) MEMANG ADA, TAPI…

| 02/04/2013 | 0 Comments

FAM Mengesahkan Tunku Ismail (TMJ) Memang Ada, Tapi… | Sepertimana yang kita ketahui, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah digantung enam bulan dan tindakannya berada dibangku simpanan pada perlawanan Johor Darul Takzim (DT) menentang Terengganu Sabtu lalu adalah melanggar peraturan FAM.

Sebelum ini Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad seperti berdalih untuk mengulas insiden berkenaan dan menjelaskan mereka perlu menunggu laporan penuh Komisioner Perlawanan sebelum membuat sebarang tindakan.

Akhirnya, menerusi laporan Harian Metro Online hari ini, Penolong Setiausaha Agung FAM yang juga bertindak sebagai Komisioner Perlawanan itu Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara itu kepada pegawai undang-undang bagi menyiasat status Tunku Ismail ketika berada di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin ketika perlawanan itu.

tunku ismail di bangku simpanan

Gambar yang dipetik dari laman myMetro membuktikan Tunku Ismail berada di bangku simpanan pemain ketikan perlawanan.

“Saya mengesahkan Tunku Ismail memang berada di bangku simpanan pada perlawanan itu,” katanya. Berdasarkan peraturan, Tunku Ismail yang menjalani hukuman penggantungan sepatutnya tidak boleh terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak persatuan ini dan tindakan susulan akan diambil. Namun pihak kami perlu memastikan (status) kehadiran Tunku Ismail atas kapasiti Presiden PBNJ atau sebagai Tengku Mahkota Johor. Jika atas kapasiti sebagai Tengku Mahkota Johor, FAM akan menyerahkan perkara ini kepada pegawai undang-undang bagi menilai situasi sebenar.” Jelasnya dalam laporan berkenaan.


Tags: , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.