PEKIN AKUI SERIUS BERCINTA DENGAN UQASHA SENROSE

PEKIN AKUI SERIUS BERCINTA DENGAN UQASHA SENROSE

0 115
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Pekin Akui Serius Bercinta Dengan Uqasha Senrose | Sebelum ini kita dihebahkan dengan penjelasan kakak kepada Nelydia Senrose, yang juga pelakon Uqasha Senrose, yang mengakui dia sedang berkawan rapat dengan Pekin Ibrahim. Dia juga tidak menafikan bercinta dengan pelakon filem Bunohan itu.

Menerusi laporan Sinar Harian, Pekin Ibrahim juga mendedahkan bahawa dia dan Uqasha Senrose kini semakin rapat. Katanya, hubungannya dengan Uqasha Senrose sudah beralih ke fasa lebih serius. Kata Pekin lagi, dia dan Uqasha sudah ke tahap mengenali keluarga masing-masing.

uqasha senrose dan pekin ibrahim

“Keluarga merestui hubungan kami dan mereka juga sudah saling kenal mengenali. Kami juga semakin rapat dan masih dalam proses mengenali antara satu sama lain,” kata Pekin yang mengenai gadis itu sejak enam bulan lalu.