KLServer

ASUS FONEPAD – TABLET 7 INCI BOLEH BUAT PANGGILAN

| 10/04/2013

Asus FonePad – Tablet 7 Inci Boleh Buat Panggilan | Asus kini antara pengeluar yang rancak mengeluarkan pelbagai produk telefon pintarnya. Sebelum ini Asus tampil dengan Asus MemoPad, Asus PadFone dan Asus PadFone 2, kini Asus kemukakan produk barunya iaitu, Asus FonePad, tablet bersaiz 7 inci dengan keupayaan membuat panggilan telefon.

ASUS Fonepad disediakan dengan kekuatan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean dan mempunyai pemprosesan 1GHz Dual Core, paparan WSVGA (1280 x 800p). Pada masa sama, ia leng­kap dengan kamera­ belakang tiga megapiksel serta kamera hadapan 1.3 megapiksel. Asus FonePad juga mempunyai tahap kenipisan 10.4 milimeter (mm) dengan berat sebanyak 340 gram (g).

asus_fonepad

Spesifikasi ASUS FonePad:

  • Harga: tidak diperoleh
  • Saiz: 7 inci
  • Sim: Micro-SIM
  • Pemprosesan: Intel Atom 1GHz Dual Core
  • Paparan: WSVGA 1280 x 800p
  • OS: Android 4.1 Jelly Bean
  • Kamera: 3MP
  • RAM: 1GB
  • Setoran: 8/16GB
  • Dimensi: 196.4 x 120.1 x 10.4mm
  • Berat: 340g

Tags: , , , ,

Category: ASUS

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. dzuandiey says:

    menarik fonepad ni…murah dan rasanya berbaloi.. :-)