KONTROVERSI MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM 2 – KENCHANA DEWI DAN NORISH KARMAN...

KONTROVERSI MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM 2 – KENCHANA DEWI DAN NORISH KARMAN BERGADUH? ZAIN SAIDIN TERSINGKIR?

1 85

Kontroversi Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 – Kenchana Dewi Dan Norish Karman Bergaduh? Zain Saidin Tersingkir? | Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua (2013) bakal membuka tirai siarannya pada 20 April 2013 ini namun pelbagai cerita hangat melanda program masakan berkenaan. Adakah ianya hanya semata-mata promosi atau gimik untuk ‘melariskan’ program itu atau ianya benar-benar berlaku?

Kononnya ada laporan media menyebut, dua peserta program Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2013, iaitu Kenchana Dewi dan Norish Karman bergaduh / selisih faham dalam satu slot yang diadakan. Menurut cerita berkenaan, pada mulanya peserta lain dalam kumpulan Kenchana dan Norish Karman tidak berapa senang dengan cara Norish Karman dan Kenchana mewakili ahli kumpulannya yang lain bersuara dengan menegur Norish. Maka berlakulah sedikit pertikaian antara mereka.

barisan peserta dan juri masterchef selebriti malaysia musim kedua 2013

Selain itu, kekasih artis jelita, Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin pula dikatakan tersingkir awal? Betul ke? Khabarnya dia ada masalah dengan salah seorang Chef juri dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2013? Ai, makin tak sabar pula nak tengok. Samada benar atau tidak sama-sama kita saksikan siaran Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 yang akan disiarkan menerusi Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) pada Sabtu hingga Selasa jam 9.00 malam.