AIRASIA TAWAR TIKET SERENDAH RM29 SEMPENA PRU13

AIRASIA TAWAR TIKET SERENDAH RM29 SEMPENA PRU13

0 57

AirAsia Tawar Tiket Serendah RM29 Sempena PRU13 | Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 akan diadakan pada 5 Mei 2013 ini. Dengan itu, syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, menawarkan tambang istimewa serendah RM29 kepada rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampung halaman untuk membuang undi pada hari penting berkenaan.

Menurut satu laporan berita, tambang bermula daripada RM29 sehala bagi laluan seperti Kuala Lumpur ke Johor Baharu, Pulau Pinang, Alor Setar, Terengganu, Langkawi dan lain-lain. Tambang istimewa itu juga, katanya termasuk penerbangan yang beroperasi dari hab lain AirAsia di seluruh negara.

fly home to vote airasia

Jelas sumber berita itu lagi, rakyat Malaysia dari bandar-bandar di Indonesia pula boleh pulang untuk mengundi dengan tambang serendah RM55 sehala, manakala tambang serendah RM120 dan RM124 dari Singapura dan bandar-bandar lain di Asean.

tiket murah airasia sempena pru13

Tambang murah itu sudah boleh ditempah di laman web AirAsia, www.airasia.com untuk tempoh perjalanan segera, serta menerusi platform tempahan mudah alihnya menerusi telefon berkeupayaan WAP di mobile.airasia.com dan AirAsia apps di peranti iPhone dan Android.

Untuk tempahan sila ke laman web AIRASIA – FLY HOME TO VOTE.