LELAKI PECAH MASUK RUMAH MAWI KERANA NAMPAK SEPASANG BUNIAN?

LELAKI PECAH MASUK RUMAH MAWI KERANA NAMPAK SEPASANG BUNIAN?

0 91

Lelaki Pecah Masuk Rumah Mawi Kerana Nampak Sepasang Bunian? | Alamak, rumah Mawi kena rompak lagi? Sebelum ini rumah Mawi pernah dipecah masuk perompak sekitar Mac tahun lalu dan kerugian hampir RM10,000. Kini kejadian yang sama berlaku sekali lagi. Perompak berkenaan adalah buruh berusia 40-an yang sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran rumah Mawi.

Menurut laporan Harian Metro, seorang lelaki telah memecah masuk rumah penyanyi, Mawi, selepas lelaki itu ternampak bayangan sepasang bunian. Buruh berkenaan memberitahu keluarga Mawi, ketika berhenti seketika menjamah makanan dia ternampak bayangan sepasang bunian di rumah Mawi. Sebab itulah kot dia pecah masuk. Adakah cerita buruh itu benar atau sekadar rekaan untuk menyelamatkan diri?

rumah mawi dan ekin bangi golf resort

“Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian. Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya.

Menurut Mawi, ketika itu dia tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat (Ekin), 34 ke ibu kota atas urusan kerja. Bagaimanapun, selepas kepulangannya, dia diceritakan semula kejadian itu semalam oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika berusia setahun.