MULA191014TAMAT190115
KLServer

PRU13 – CUEPACS MINTA JPA BERI CUTI TANPA REKOD KEPADA PENJAWAT AWAM PADA 5 DAN 6 MEI 2013

| Apr 15, 2013

PRU13 – Cuepacs Minta JPA Beri Cuti Tanpa Rekod Kepada Penjawat Awam Pada 5 Dan 6 Mei 2013 | Sebagaimana yang kita semua tahu, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada 5 Mei 2013 (Ahad). Pada hari Ahad pula, negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah hari bekerja. Oleh itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar menimbang memberi cuti tanpa rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi.

Cuepacs menerusi Presidennya, Datuk Omar Osman berkata dalam laporan Kosmo!, pemberian cuti itu penting untuk menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

cuepacs

“Walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah Ahad tetapi ada beberapa negeri yang merupakan hari bekerja pada hari tersebut 6 Mei jatuh pada hari Isnin. CUEPACS minta agar penjawat awam diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif,” katanya dalam laporan berkenaan.

Menurut beliau, jika penjawat awam itu bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan, mungkin ia akan menimbulkan kesusahan atau mungkin ada yang terpaksa ambil cuti sendiri.

p/s: Cadangan yang baik. Namun sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pekerja swasta. Kononnya hak penjawat awam sahaja dijaga. Mereka pula bagaimana? hehe


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.