ANUGERAH BLOCKBUSTER 2012 – UNDIAN PERINGKAT KEDUA KINI BERMULA!

ANUGERAH BLOCKBUSTER 2012 – UNDIAN PERINGKAT KEDUA KINI BERMULA!

0 107
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Anugerah Blockbuster 2012 – Undian Peringkat Kedua Kini Bermula!Anugerah Blockbuster 2012 bakal diadakan di Johor Bahru pada 15 Jun 2013 depan. Berdasarkan laporan media, Anugerah Blockbuster 2012 bakal membariskan filem-filem hebat sepanjang 2012 dan ia masih lagi menggunakan format 100% undian daripada peminat.

Logo Anugerah Blockbuster 2012

Untuk Anugerah Blockbuster 2012, ada 13 kategori undian dari orang ramai dan 2 kategori bagi anugerah juri akan dipertandingkan. Buat julung kalinya, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Astro, memilih Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai lokasi siri kedua Anugerah Blokbuster berkenaan. Ianya juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

KATEGORI ANUGERAH BLOCKBUSTER 2012

Berikut adalah kategori yang bakal dipertandingkan pada Anugerah Blokbuster 2012:

  1. Anugerah Filem Terhebat
  2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat
  3. Aungerah Direktor Baru Terhebat
  4. Anugerah Filem Aksi Terhebat
  5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat
  6. Anugerah Filem Takut Terhebat
  7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat
  8. Anugerah Hero Terhebat
  9. Anugerah Heroin Terhebat
  10. Anugerah Watak Penyangak Terhebat
  11. Anugerah Lagu Filem Terhebat
  12. Anugerah Hero Baru Terhebat
  13. Anugerah Heroin Baru Terhebat
  14. Anugerah Istimewa PFM
  15. Anugerah Astro First Terhebat

Undian Anugerah Blokbuster 2012 – pusingan awal bermula pada 19 April ini hingga 10 Mei 2013 untuk memilih finalis Top 10 daripada semua calon yang dipilih melalui penglibatan mereka dalam filem yang ditayangkan dalam tahun 2012. Undian pusingan awal ini boleh dibuat melalui akhbar Sinar Harian atau peminat boleh memilih calon pilihan anda di www.anugerahblokbuster.com.my. Finalis Top 10, barisan pengacara dan persembahan artis akan diumumkan pada sidang akhbar yang kedua Anugerah Blokbuster selepas undian pusingan awal ditutup.