MULA191014TAMAT190115
KLServer

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA FA 2013

| Apr 16, 2013

Jadual Separuh Akhir Piala FA 2013 | Perlawanan Piala FA 2013 nampaknya sudah memasuki fasa Separuh Akhir. Peringkat yang menghimpunkan 4 pasukan terbaik dalam kejohanan ini. Sudah tentu kejuaraan Piala FA amat didambakan kerana salah satu piala bola sepak berprestij negara.

Sebagai makluman, perlawanan separuh akhir pertama akan diadakan pada 25 Mei 2013 manakala separuh akhir kedua pula pada 28 Mei 2013. Itu adalah tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Terengganu mara ke separuh akhir setelah membenam cabaran Negeri Sembilan dengan aggregat 6-1. Manakala Kelantan turut mara dengan bergaya apabila mara menerusi aggregat 4-1 mengatasi Sarawak. Pahang pula menewaskan Sime Darby dengan aggregat 2-0 dan akan bertemu Johor Darul Takzim yang membuat kebangkitan dramatik menerusi pemain import barunya, Nunez dan Selangor tewas menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 setelah terikat secara aggregat 3-3.

Berikut adalah Jadual Separuh Akhir Piala FA 2013:

Jadual-Separuh-Akhir-Piala-FA-2013

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA FA 2013

Separuh Akhir Pertama : Sabtu, 25 Mei, 2013
Kelantan 20:45 Terengganu
Johor Darul Takzim FC 20:45 Pahang
Separuh Akhir Kedua : Selasa, 28 Mei, 2013
Terengganu 16:15 Kelantan
Pahang 20:45 Johor Darul Takzim FC

*Jadual perlawanan tertakluk pada perubahan.


Tags: , , , , , ,

Category: PIALA FA