KERAJAAN KELANTAN UMUM 5 MEI 2013 CUTI PERISTIWA SEMPENA PRU13

KERAJAAN KELANTAN UMUM 5 MEI 2013 CUTI PERISTIWA SEMPENA PRU13

0 79

Kerajaan Kelantan Umum 5 Mei 2013 Cuti Peristiwa Sempena PRU13 | Nampaknya mereka yang bekerja di Kelantan tidak perlu pening kepala lagi memikirkan masa untuk keluar mengundi. Ini kerana kerajaan Kelantan menerusi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengisytiharkan 5 Mei 2013 ini cuti peristiwa sempena Pilihanraya Umum Ke-13.

Menurut beliau dalam satu laporan berita, cuti itu diambil bagi memudahkan kakitangan awam, swasta serta seluruh rakyat yang layak mengundi keluar mengundi pada hari tersebut. Keputusan itu berkuat kuasa serta merta bermula hari ini.

tuan-guru-nik-aziz-nik-mat

“Mereka tidak perlu lagi memohon cuti atau keluar sementara untuk mengundi dan sebagainya. Negeri lain khususnya tidak perlu istihar cuti memandangkan hari Ahad jatuh pada hari minggu, jadi untuk memberi keadilan pada semua, kita istihar cuti,”ujarnya.