GOSIP SEMAKIN INTIM DENGAN EMMA MEAMBONG? APA KATA JOHAN AS’ARI?

GOSIP SEMAKIN INTIM DENGAN EMMA MEAMBONG? APA KATA JOHAN AS’ARI?

0 192
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Gosip Semakin Intim Dengan Emma Maembong? Apa Kata Johan As’ari? | Sebelum ini pelakon Johan As’ari digosipkan bercinta dengan Nabila Huda. Namun gosip berkenaan sudah reda ekoran pendedahan Nabila Huda bahawa dia sedang bercinta dengan Nas Muammar Zar Nasruddin atau Nas-T. Terbaru, Johan dikatakan pula semakin rapat dengan Emma Maembong. Betul ke?

Menurut laporan Kosmo!, Johan menjelaskan hubungannya dengan Emma Maembong hanyalah sekadar rakan sekerja. Berkenaan dia dilihat cukup rapat dengan Emma dalam sebuah acara promosi di selatan Malaysia pada bulan lalu pula, jelas Johan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya yang diamanahkan oleh syarikat pengurusannya iaitu Wire Fame Entertainment.

KARLOS

“Sebenarnya kami bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama iaitu Wire Fame Entertainment milik Zizan Razak dan Marina Juki. Saya sudah bersama dengan syarikat tersebut sejak tahun lalu. Kemudian, pihak pengurusan meminta saya supaya menjaga dan mengawasi Emma memandangkan dia masih baharu dan belum pernah menyertai acara jelajah sebegitu. Jadi, sepanjang acara berlangsung saya memang sentiasa berada di sisi Emma setiap masa. Mungkin, ia telah menimbulkan salah faham dan saya ingin meminta maaf sekiranya ada mana-mana pihak yang kurang senang dengan cara kami.”

Johan juga menjelaskan dia tidak tahu bahawa Emma dan kekasihnya sudah berpisah. Walau begitu, dia tetap menganggap Emma seperti seorang adik sahaja dan tiada perasaan cinta terhadapnya.

“Sebelum ini saya sudah tahu Emma ada kekasih, tetapi tidak sangka pula sekarang hubungan dengan kekasihnya itu sudah berakhir. Namun begitu, secara jujurnya tiada perasaan cinta antara kami. Lagipun kami cuma kelihatan agak rapat ketika sama-sama menyertai acara jelajah tersebut. Saya menganggapnya tidak lebih sebagai seorang adik, malah saya memanggilnya dengan panggilan ‘adik’ apabila kami berjumpa.”

Johan juga mendoakan kebahagiaan Nabila bersama Nas T. sebagai seorang rakan, dia berasa cukup gembira apabila Nabila telah bertemu dengan jejaka yang sesuai dengan dirinya. Ujarnya, dia yakin pilihan yang dibuat oleh Nabila merupakan satu keputusan yang tepat, meskipun mengakui tidak pernah kenal atau berjumpa dengan Nas-T sebelum ini.