EMMA MAEMBONG BUAH HATI ZIZAN?

EMMA MAEMBONG BUAH HATI ZIZAN?

0 115

Emma Maembong Buah Hati Zizan? | Sebelum ini pelawak, pengacara, dan pelakon Zizan Razak pernah mengakui bahawa dirinya kini sudah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29, baru-baru ini. Namun Zizan tidak pula mendedahkan siapa gadis berkenaan. Pengakuan itu telah mengundang teka-teki dikalangan wartawan dan peminatnya tentang siapakah gerangan wanita yang berjaya menambat hati Zizan.

Apabila diajukan pertanyaan mengenai siapa gadis itu, Zizan mengambil langkah untuk merahsiakan gadis tersebut dengan alasan dia sendiri masih belum meluahkan perasaannya. Namun, Zizan mengakui gadis tersebut telah menghadiahkan telefon bimbit iPhone 5 sempena ulang tahun kelahirannya itu.

Lalu timbullah gosip mengatakan gadis berkenaan adalah Emma Maembong. Ini kerana Emma Maembong hadir pada majlis hari jadinya itu dan Emma juga mengakui Zizan mempunyai ciri-ciri lelaki lelaki idaman iaitu pandai membuat lawak. Namun Emma menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan rapat sahaja.

zizan razak dan emma maembong

“Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan. Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan. Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu. Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya,” katanya dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Mengakui bahawa dia kini masih lagi belum berpunya, Emma tidak menolak jika berkahwin dalam usia muda dan semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi.