VIDEO LUIS SUAREZ GIGIT IVANOVIC – SUAREZ MOHON MAAF

VIDEO LUIS SUAREZ GIGIT IVANOVIC – SUAREZ MOHON MAAF

0 148

Video Luis Suarez Gigit Ivanovic – Suarez Mohon Maaf | Entah apa nak jadi pada bintang Liverpool sorang ni. Macam-macam kontroversi yang dia buat. Dah jadi Raja Kontroversi dalam EPL la pulak. Terbaru, Luis Suarez dikatakan telah menggigit Branislav Ivanovic dalam perlawanan Liverpool vs Chelsea yang berkesudahan seri 2-2. Insiden berkenaan telah mengecewakan banyak pihak.

Namun dalam satu laporan akhbar, Luis Suarez dikatakan sudah memohon maaf melalui akaun twitternya dan laman rasmi pasukannya diatas apa yang dilakukannya dalam perlawanan berkenaan.

suarez bites ivanovic

“Saya minta maaf dengan kelakuan saya iu di perlawanan kami dengan Chelsea. Saya telah meminta maaf dan telah cuba untuk menghubungi Branislav Ivanovic. Saya meminta maaf kepada pengurus saya, rakan sepasukan dan semua orang di Liverpool kerana saya telah mengecewakan mereka.” Kata Suarez.

Untuk info, ini bukan kali pertama Suarez telah melakukan masalah seperti ini. Beliau pernah diharamkan bermain selama lapan perlawanan setelah mencaci kepada Patrice Evra dan beliau juga pernah mengigit pemain Endhoven, Otman Bakkal.

Video Lius Suarez Bites Branislav Ivanovic 2013

p/s: Tolol tapi dia memang hebat…