MANCHESTER UNITED JUARA LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 2013

| Apr 23, 2013 | 0 Comments

Manchester United Muncul Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2013 | Manchester United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini miliknya apabila memperoleh kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa di Old Trafford.

Kejuaraan liga ke-20 itu miliknya meskipun saingan liga masih berbaki empat perlawanan lagi. Ia juga kejuaraan liga ke-13 Alex Ferguson sebagai pengurus dan Ryan Giggs sebagai pemain paling lama bersama United. Malah kejuaraan itu lebih bermakna apabila penyerang sensasinya yang menyarung jersi nombor 20, Robin van Persie mencatat hatrik keduanya musim ini.

robin van persie hatrik

Robin Van Persie meledak gol seawal 80 saat permainan diikuti pada minit ke-12 dan minit ke-32.


Tags: , , , , , , ,

Category: BOLA SEPAK DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.