NASIHAT YANA SAMSUDIN UNTUK UQASHA SENROSE

NASIHAT YANA SAMSUDIN UNTUK UQASHA SENROSE

0 503
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Nasihat Yana Samsudin Untuk Uqasha Senrose | Baru-baru ini timbul isu pelakon Uqasha Senrose yang mahu meninggalkan syarikat pengurusannya, Metrowealth (MIG). Luahan Uqasha itu telah mendapat perhatian dari bos besar MIG, David Teo yang kesal dengan sikap Uqasha. David Teo juga memberi amaran pihaknya akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap Uqasha jika aktres berkenaan masih enggan mematuhi syarat yang dikenakan.

Bagi Yana Samsudin yang diminta mengulas ekoran isu rakan artis senaungannya, Uqasha Senrose yang dikatakan mahu keluar dari MIG gara-gara di larang bercinta, dia menyokong apa yang disyaratkan oleh MIG. Jelas Yana, tindakan pihak pengurusannya meletakkan syarat-syarat ketat dan perlu dipatuhi, bukan kerana mahu mengongkong artis-artis di bawah pengurusan mereka. Sebaliknya lebih kepada mahu menjaga kebajikan, memastikan artis mereka sentiasa dilindungi, profesional dan serta memantau agar artis mereka tidak dikaitkan dengan sebarang isu mahupun kontroversi yang boleh menjejaskan karier mereka.

yana samsudin

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 28, berkata David Teo tegas dalam memastikan artis-artisnya lebih fokus pada kerjaya berbanding isu-isu remeh termasuklah hubungan percintaan. Dan syarat itu perlu dipatuhi sebaik mereka menandatangani kontrak.

“Soal cintanya, saya tak boleh nak komen itu peribadi dia. Tapi kalau tentang isu itu, setahu saya, bagi mana-mana artis yang bernaung di bawah MIG, memang termaktub dalam kontrak, ada rules no. 6 iaitu artis tak boleh ada hubungan cinta. Selaku pihak pengurusan, memang mereka perlu ambil tahu semua perkara termasuk soal peribadi. Untuk kebaikan seseorang artis itu juga agar tak terjebak dalam apa-apa kontroversi.

“Sebagai artis baru, dia (Uqasha) sentiasa kena ingat siapa yang bawa kita ke depan. Saya rasa perkara itu boleh dibawa berbincang. Uqasha dan pengurusan perlu berbincang secara lebih diplomasi. Sebab kalau kita lihat, Farid Kamil dia berkahwin. Diana Amir, dia boleh bertunang. Malah bos (David Teo) pun ada bergurau bertanyakan, bila saya nak kahwin”, kata Yana yang sudah 10 tahun bernaung dibawah MIG.

Tambah Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH’12, memandangkan segalanya sudah termaktub dalam kontrak, dia yakin Uqasha pasti tidak akan membuat keputusan yang melulu tanpa memikirkan baik buruk akibatnya.

“Saya yakin Uqasha bijak buat keputusan. Kalau dia langgar kontrak, dah tentu dia boleh di saman. Jadi dia tentu akan fikir risikonya kelak. Mengenai tawaran berlakon kalau dia keluar nanti, semuanya bergantung pada rezeki kat luar sana. Susah untuk kita ramal tentang itu sebab itu kerja Tuhan. Tapi Uqasha pun kena fikirkanlah semula, siapa yang mula-mula beri dia peluang berlakon, siapa yang berdiri di belakang dia dalam masa dia membina kerjaya lakonan dia…”, ujarnya memberikan pandangan dan nasihat sebagai seorang senior.

Sumber: Malaysia Digest