BERCINTA DENGAN FAZURA? SHAHEIZY SAM SUDAH BAWA JUMPA IBU?

BERCINTA DENGAN FAZURA? SHAHEIZY SAM SUDAH BAWA JUMPA IBU?

1 334
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Bercinta Dengan Fazura? Shaheizy Sam Sudah Bawa Jumpa Ibu? | Tahniah kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Shaheizy Sam Samad diatas kejayaan beliau. Sebagai ganjarannya, Sam menerima kereta sport Nissan 370Z Coupe tajaan Edaran Tan Chong Motors bernilai hampir RM400,000. Selain itu, Sam turut membawa pulang barangan kemas tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000.

Gosip Bercinta Dengan Fazura?

Shaheizy Sam dan fazura

Pada malam kemuncak ABPBH 2012, 7 April 2013 lalu, Shaheizy Sam dan Nur Fazura dilihat hadir berpakaian sedondon rona ungu. Macam sudah ada kata sepakat. Jelas Sam dalam laporan BH Online, dia memang rapat dengan Fazura malah akan lebih intim lagi memandangkan kedua-duanya bergandingan dalam filem baru, Manisnya Cinta.

Pandangan Sam Terhadap Fazura?

Sam akui senang dengan pelakon itu dan menganggap Fazura sebagai wanita yang ‘sempoi’. Bagaimanapun, dia menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa. Sam turut berkata, dia pernah membawa aktres itu bertemu ibunya, tetapi tidaklah sampai ke tahap pulang ke rumah keluarga.

“Daripada reaksi mummy, saya dapat rasakan dia selesa dengan Fazura. Mungkin Fazura sudah lama dalam industri, jadi dia tahu bagaimana mengambil hati orang tua. Saya mengaku selesa berkawan dengannya. Kami sudah kenal sejak 2008 lagi, tapi baru kini saya berkesempatan untuk rapat dengannya. Selama ini saya hanya mendengar cerita mengenai gaya hidupnya, tetapi selepas mengenali Fazura, dia tidaklah seperti yang digambarkan. Ternyata dia seorang yang sangat ‘sempoi’ dan merendah diri,” katanya yang dipetik dalam laporan berkenaan.

p/s: Mula-mula kawan dulu, lama-lama makin rapat…