KLServer

ADEGAN PANAS FILEM BISIKAN SYAITAN – WAN SHARMILA LEGA TIDAK DITAYANGKAN

| 02/05/2013

Adegan Panas Filem Bisikan Syaitan – Wan Syarmila Lega Tidak Ditayangkan | Wan Sharmila lega babak ‘panas’ lakonannya bersama aktor Fizz Fairuz dalam filem Bisikan Syaitan tidak ditayangkan kerana telah dipotong oleh pihak berwajib, Lembaga Penapisan Filem (LPF). Bukan niatnya mahu tunjuk baik, namun satu kelegaan baginya kerana tidak payah untuk berdepan dengan kontroversi.

Memetik laporan Malaysia Digests, babak panasnya dalam filem Bisikan Syaitan iaitu aksi berpeluknya bersama Fizz Fairuz di atas katil sudah tentu akan mengundang kontroversi jika ditayangkan. Namun pihak LPF telah memotong babak berkebaan dan ia memberikan satu berita gembira dan melegakan buat empunya nama sebenar Wan Sharmila Wan Muhamad, 31.

wan sharmila

“Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya, “Tuhan sayang saya… agaknyer kot“. Sebab biasalah, bila keluar babak-babak sebegitu, pasti akan ada kontroversi. Sikit sebanyak adegan tu jadi bualan orang nanti. Itu yang saya tak mahu. Tapi bila saya dah tonton tadi (semalam), terus saya terfikir, Tuhan sayang saya. Mungkin pemotongan itu ada hikmahnya. Tak payah nama saya nak dipanas-panaskan lagi, kan…? Tak payah orang lain nak fikir buruk, atau sewenang-wenangnya memberi anggapan negatif nanti”, luahnya yang turut memberitahu tidak sanggup berhadapan dengan situasi seperti sebelum ini apabila dia pernah dikaitkan dengan isu seksi.

Difahamkan sewaktu melakonkan adegan itu pun, Wan Sharmila ada meletakkan had pada Fizz agar tidak terlalu berlebihan dan aktor itu menghormati permintaannya.

“Bukan lah bermaksud saya ni nak jaga sangat-sangat. Sebab bagi saya kerja adalah kerja. Kalau ditakdirkan keseluruhan babak panas itu diluluskan, saya terima tapi saya harus bersedia untuk berdepan dengan apa yang orang akan kata nanti. Tapi bila pihak produksi cakap ada potongan dan tidak ada apa-apa yang ekstrem yang dipertontonkan pada penonton, saya berasa lega. Cuma impak untuk cerita tu mungkin terjejas sikit lah. Sebab, saya rasa penonton juga perlu tahu kenapa adanya babak-babak sebegitu. Kalau ditunjukkan secara keseluruhan babak panas tu, saya rasa lebih teliti lah jalan cerita filem ni. Tapi, ini Malaysia kan… kita faham.”, ujarnya.

p/s: Filem Malaysia kini dilanda trend babak panas


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.