KLServer

JEHAN MISKIN KAHWIN ESOK, MASIH MAHU SOROK IDENTITI BAKAL ISTERI

| May 3, 2013

Jehan Miskin Kahwin Esok, Masih Mahu Sorok Identiti Bakal Isteri | Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengarah, Jehan Miskin yang bakal melangsungkan perkahwinannya esok. Berdasarkan penjelasannya sebelum ini, Jehan bakal berkahwin dengan seorang gadis berasal dari Korea.

Bagaimanapun, Jehan memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai identiti bakal isteri dan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung, namun begitu dia tetap berkongsi sedikit mengenai debaran dan juga pertemuan pertama kali bersama bakal isterinya itu. Ikuti temubual Jehan yang ammboi petik dari akhbar Kosmo!.

jehan miskin bernikah

Kosmo!: Tahniah Jehan. Dengar cerita anda bakal berkahwin Sabtu ini dengan seorang gadis berasal dari Korea?

Jehan: Ya, betul.

Boleh kongsikan debaran yang dirasai?

Saya sebenarnya terlalu sibuk mengarah dan menerbitkan sebuah drama 13 episod berjudul What Is untuk 8TV. Jadi, debaran untuk menempuh alam perkahwinan itu tidak terasa sangat.

Bagaimanakah persiapan yang telah anda lakukan buat masa ini?

Masih ada sedikit lagi yang berbaki. Walaupun saya sibuk, ada orang membantu menguruskan perkahwinan saya. Saya juga sudah serahkan tanggungjawab mengarah drama tersebut kepada orang lain jadi saya boleh fokus kepada perkahwinan ini.

Apakah perasaan anda apabila bakal bergelar suami orang pada Sabtu ini?

Saya sebenarnya teruja. Bukan sahaja kerana bakal berkahwin, tetapi saya juga teruja kerana bakal bertemu dengan anak saudara saya, Skye, yang tidak pernah saya temui hampir setahun lamanya. Dia duduk di Amerika Syarikat, disebabkan itu kami jarang berjumpa.

Boleh kongsikan siapakah gerangan gadis yang berjaya mencuri hati anda itu?

Buat masa ini saya tidak mahu lagi mendedahkan identiti bakal isteri saya. Biarlah semua orang tahu siapa orangnya ketika majlis pernikahan dan persandingan Sabtu ini.

Di manakah anda menemui bakal isteri?

Saya bertemu dengannya di sebuah gimnasium. Saya sendiri menegur dan meminta nombor telefonnya untuk mengenali dia dengan lebih dekat.

Sudah berapa lama kalian berkenalan?

Sudah lima tahun. Walaupun dia berasal dari Korea, dia sebenarnya bekerja di Malaysia.

Boleh ceritakan sedikit mengenai majlis perkahwinan anda Sabtu ini?

Saya akan bernikah dan mengadakan resepsi di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur dan akan menjemput 100 orang termasuk keluarga terdekat dan rakan rapat sahaja. Majlis tersebut akan berlangsung pada pukul 2 petang dan akan dimulakan dengan acara nikah, diikuti majlis persandingan.

Kenapakah anda terus ingin bernikah dan tidak bertunang terlebih dahulu?

Saya rasa ia (bertunang) buang masa. Pada saya, pertunangan itu tidak perlu. Memang ia adalah adat, tetapi saya tidak mahu menyusahkan keluarga bakal isteri untuk banyak kali turun ke Malaysia. Begitu juga dengan keluarga saya yang kebanyakannya menetap di Amerika Syarikat.

Kenapakah anda mengambil pendekatan enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkahwinan anda?

Ini perkahwinan saya. Saya tidak mahu riak dan lebih suka ia dibuat secara sederhana.

Selamat berkahwin dan semoga berbahagia selamanya.


Tags: , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. titan says:

    gua ok dia nak kahwin dengan siapa pun.