KLServer

DAKWAAN MAHU KAHWIN DUA – ASHRAF MUSLIM ENGGAN KOMEN

| 08/05/2013

Dakwaan Kahwin Dua – Ashraf Muslim Enggan Komen | Tiba-tiba kecoh pula dengan isu pelakon Ashraf Muslim membuat permohonan untuk berpoligami dengan kebenaran isterinya yang pertama, Noor Dayana. Cerita ini didedahkan menerusi sebuah forum gosip hiburan yang mengeluarkan satu dakwaan bahawa Ashraf Muslim telah berkunjung ke sebuah mahkamah syariah baru-baru ini. Tujuannya adalah untuk membuka sebuah fail mendapatkan kebenaran berkahwin dua.

Susulan dengan dakwaan terbabit, timbul desas-desus mengatakan punca tindakan Ashraf, 32, mahu berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan isteri pertamanya, Noor Dayana.

ashraf muslim dan dayana

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Ashraf mengakui ada pergi ke mahkamah tersebut namun enggan mendedahkan sebab sebenarnya dia ke sana. Malah pelakon yang kini semakin aktif dengan kerjaya perubatan Islamnya itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan rumah tangganya dikatakan sedang bergolak hingga menyebabkan dia membuat keputusan mahu berkahwin lain.

“Saya ada ke sana tapi saya tidak boleh komen lanjut atas sebab apa. Saya tidak perlu cakap. Memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang”, katanya.

Bagaimanapun Ashraf memberitahu kehidupannya kini berjalan lancar namun buat masa sekarang belum ada rezeki lagi mereka untuk menimang cahaya mata. Namun dia dan Dayana ada berikhtiar menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.