MULA191014TAMAT190115
KLServer

SENARAI EXCO KELANTAN 2013 – 2017

| May 9, 2013

Senarai Exco Kelantan 2013 – 2017 | Berikut adalah portfolio Exco (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri) baru kerajaan negeri Kelantan yang dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Pembentangan portfolio telah dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.

senarai exco kelantan darul naim 2013 - 2017

Senarai Exco Kelantan 2013 – 2017 adalah sebagaimana dibawah:

  1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan – Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan (ADUN Pasir Pekan)
  2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli – Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan (ADUN Panchor)
  3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar – Datuk Haji Abdul Fattah Hj Mahmood (ADUN Bukit Panau)
  4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau – Datuk Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (ADUN Wakaf Bharu)
  5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat – Datuk Haji Anuar Tan bin Abdullah (ADUN Kota Lama)
  6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau – Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud (ADUN Meranti)
  7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan – Datuk Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman (ADUN Kemahang)
  8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat – Haji Hanifa bin Ahmad (ADUN Pengkalan Pasir)
  9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi – Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan (ADUN Temangan)
  10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat – Hajah Mumtaz bin Md Nawi (ADUN Demit)
  11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO – Dr Ramli bin Mamat (ADUN Bunut Payung)

Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.