MULA191014TAMAT190115
KLServer

‘SAYA BUKAN DERHAKA’ – IKUTI PENJELASAN AFIQ MUIZ

| May 15, 2013

‘Saya Bukan Derhaka’ – Ikuti Penjelasan Afiq Muiz | Kecoh pula semalam dengan kenyataan ibu kepada Afiq Muiz, Hasliza Mohamad, 48 yang mendakwa anaknya itu anak derhaka. Dibawah ammboi kongsikan sedikit pendedahan yang dibuat ibu Afiq dan juga penjelasan dari Afiq Muiz.

Menerusi laporan mStar Online, Hasliza membuat pendedahan bahawa anaknya itu sudah jauh berubah sejak mengecap populariti.

“Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,” ujar Hasliza meluahkan rasa hatinya seperti yang dilaporkan eksklusif oleh mStar Online.

Haliza berkata dia terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan pelakon berusia 20 tahun itu yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita. Malah difahamkan Afiq Muiz kini sudah hidup sendiri. Ibunya itu turut  mendedahkan yang beliau menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih Afiq yang berbaur ugutan dan kasar bahasanya. Tambah Hasliza lagi dia turut terperanjat apabila membuat semakan menerusi akaun bank Afiq, anaknya itu telah menghabiskan wang RM30, 000 dalam masa sebulan.

Namun menerusi laporan akhbar hari ini, Afiq Muiz menafikan dakwaan ibunya itu. Dakwa Afiq, sejak mula berlakon, hampir semua pendapatannya diserahkan kepada ibu setiap bulan. Namun, sebagai anak, Afiq bingung segala perhatian yang diberi termasuk wang ringgit seakan tidak mencukupi.

afiq muiz nafi anak derhaka

“Ya, selama ini saya berdiam sebab malu jika orang tahu ibu saya seperti tamakkan duit. Setiap kali saya habis shooting, bukan khabar ditanya, sebaliknya ada duit atau tidak. Banyak manalah (pendapatan) yang saya dapat. Namun, saya bagi sebab tak mahu dicaci atau dicop tak mengenang budi. Ibu menuduh saya bagai derhaka dan menyumpah seranah, tapi kenapa ibu tidak cerita apabila pulang ke rumah, hanya kata-kata kesat dihamburkan. Saya marah adik-adik yang kurang ajar dengan memanggil saya bodoh, dikata pula baran. Saya ikut apa saja perintahnya. Tidak tinggal sebumbung pun jadi isu. Bukan saya tidak sayang, saya fikir daripada asyik bergaduh, baik saya tinggal di luar. Saya tetap menghubunginya dan singgah ke rumah. Namun, kenapa layan saya seperti sampah?” katanya meluahkan perasaan terpendam yang dipetik dari BH Online.

Afiq mendakwa, dia menyimpan banyak bukti termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan desakan memberi wang, selain pernah dipukul saudara sendiri berpunca masalah sama. Afiq juga yakin gadis dimaksudkan ibunya adalah Iena Azman, 18, rakannya yang paling akrab sejak empat tahun lalu. Menurut Afiq, Iena banyak membantunya ketika susah.  Tambahnya Afiq, dia malu bukan saja kepada masyarakat malah Iena dan keluarganya apabila terheret sama dalam konflik itu.

eina azman

“Sebenarnya, bukan Iena saja. Mana-mana gadis yang rapat dengan saya pasti menjadi mangsa umi yang akan menghubungi mereka tanpa usul periksa. Macam sebelum berkawan dengan Iena, saya punya kekasih, tetapi hubungan saya tidak kekal disebabkan prasangka umi. Salahkah saya berkawan? Adakah ibu pasti setiap gadis yang rapat dengan saya mahu menghabiskan duit saya? Umi dakwa sejak kenal Iena saya habiskan RM30,000. Tahukah ibu saya hanya gunakan tidak sampai separuh untuk membeli perabot dan televisyen rumah sewa saya.

p/s: Harap Afiq boleh selesaikan masalah ini bersama ibunya dengan cara yang lebih baik. Tak perlulah gunakan media kerana kadang-kadang cerita yang disampaikan, lain pula yang jadinya.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.