MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

SAIFUL BUKHARI DAN NIK SURIANI BAKAL NIKAH 25 MEI 2013

| May 16, 2013

Saiful Bukhari Dan Nik Suriani Bakal Bernikah 25 Mei 2013 | Saiful Bukhari Azlan yang terbabit dalam kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suriani Megat Deraman.

“Ya, berita itu benar,” katanya dipetik dari laporan Sinar Harian Online.

gambar saiful bukhari dan nik suriani

Menurut sumber berita, perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dengan personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman itu akan dilangsungkan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

majlis pertunangan saiful bukhari dan nik suriani

Ketika ditanya mengenai usia perkenalan pasangan ini, Nik Suriani berkata, kedua-duanya sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu. Jelasnya lagi, majlis pertunangan berlangsung pada  20 Oktober lalu.


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA