JAIS SAHKAN SHAHZ JASZLE YANG DITANGKAP KHALWAT?

JAIS SAHKAN SHAHZ JASZLE YANG DITANGKAP KHALWAT?

0 60

JAIS Sahkan Shahz Jaszle Yang Ditangkap Khalwat? | Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada pihak media, pihaknya mengesahkan identiti pelakon terkenal yang ditangkap khalwat awal pagi Khamis itu, sebagai Shahz Jaszle atau Shahrizal Jaszle.

shahrizal_jazle

Baca petikan kenyataan media berkenaan dibawah:

SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.

Penahanan Mphd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.

Sekian, terima kasih.

Shahz Jaszle bertunang dengan Redzwani Puteri pada Disember 2012 yang lalu dalam satu majlis tertutup. Shahz Jaszle sebelum ini juga pernah di’kaitkan bercinta dengan Maria Farida dan Miera Liyana.

Sumber – MALAYSIA DIGESTS