KLServer

TRAILER DAN SINOPSIS FILEM LARI (OFFICIAL TRAILER 2013)

| 22/05/2013

Trailer dan Sinopsis Filem Lari (Official Trailer 2013) | Melihatkan pada video trailernya sahaja sudah memberikan gambaran bahawa filem terbaru LARI arahan Ahmad Idham ini bakal meletup dipawagam. Apatah lagi ianya dibintangi ramai pelakon hebat dan sudah tentu antaranya adalah Aaron Aziz. Untuk makluman anda, filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 6 Jun 2013 ini. Dibawah ammboi ada sertakan sinopsis dan movie trailer filem Lari untuk tatapan anda.

Sinopsis Filem Lari | Lari mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar. Maya pula dikahwinkan dengan KJ lakonan Ery Putra. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.

lari 2013

Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang kebetulan berdepan krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita. Apakah nasib Khalif selepas itu dan berjayakah dia mendapatkan semula adiknya daripada terus menjadi mangsa? Maya pula mencari jalan untuk kembali menyintai Khalif. Apakah kesudahannya?

Saksikan Lari (Official Trailer 2013) dibawah:

LARI (OFFICIAL TRAILER 2013)


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.