ZAHID (AF2) DAN SARAH JULIFA NIKAH 7 JUN 2013

ZAHID (AF2) DAN SARAH JULIFA NIKAH 7 JUN 2013

0 96

Zahid (AF2) Dan Sarah Julifa Nikah 7 Jun 2013 | Agaknya ni musim cerita artis berkahwin dan bertunang kot. Sebentar tadi ammboi siarkan mengenai Fouziah Gous bakal bernikah September ini kini info mengenai Juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid yang akan bernikah pada awal bulan Jun nanti dengan gadis bernama Sarah Julifa.

Berdasarkan info yang ammboi tahu, Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 32, akan berkahwin dengan Sarah Julifa Jusoh pada 7 Jun 2013. Sumber berita berkenaan diperkukuhkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahid sendiri.

zahid dan sarah julifa

“Ya, memang benar saya akan berkahwin tidak lama lagi. Kami telah berkenalan sejak tahun lalu dan memutuskan untuk berkahwin pada 7 Jun ini. Majlis pernikahan akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak dan resepsi akan berlangsung pada 8 Jun di rumah pengantin perempuan. Kemudian, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Jun juga di Teluk Intan, Perak,” ujarnya dipetik dari laporan Kosmo Online.

Perkenalan antara Zahid dan Sarah Julifa, 25, bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter. Malah, sepanjang perkenalan Zahid tidak pernah mengetahui bahawa Sarah Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro. Zahid turut menjelaskan mereka mungkin bertunang sama ada sehari atau hari yang sama sebelum bernikah kerana ingin mengelakkan hubungan mereka menjadi terlalu lama.