PANDUAN PENDAFTARAN SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) POLIS (PDRM)

| 28/05/2013 | 12 Comments

Panduan Pendaftaran Sistem Semakan Online (SSO) Polis (PDRM) | Dalam artikel sebelum ini menerusi Sistem Semakan Online (SSO) Polis (PDRM) ammboi ada menceritakan mengenai kelebihan sistem yang telah dibangunkan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hanya menerusi komputer atau telefon pintar anda, boleh dikatakan hampir semua urusan dengan PDRM ada dihujung jari anda.

Antaranya, Sistem Semakan Online (SSO) memudahkan urusan kita untuk menyemak Semakan Status Keputusan Repot PolisStatus Saman TrafikStatus Pengambilan Jawatan Kosong PDRM dan Status Permohonan Lesen Am pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, anda juga boleh gunakan untuk membuat semakan pengambilan jawatan PDRM, temuduga, ujian dan sebagainya.

Namun, masih ramai yang tidak faham cara penggunaannya. Untuk pengetahuan semua, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum boleh LOGIN untuk akses ke portal semakan berkenaan. Bagi memudahkan anda, ammboi ada sediakan sedikit panduan untuk membuat pendaftaran secara online, Sistem Semakan Online (SSO) Polis (PDRM) sebagaimana dibawah:

PANDUAN PENDAFTARAN SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) POLIS (PDRM)

SISTEM SEMAKAN ONLINE SSO

  1. Terlebih dahulu, anda perlu klik sini → Laman Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  2. Atau, anda boleh terus ke laman ini → Portal Sistem Semakan Online (SSO)
  3. Perhatikan pada bahagian atas sebelah kanan, ada satu link → Pendaftaran Baru [Sila Lihat Gambar Atas – No 1]
  4. Anda boleh isi maklumat peribadi anda sebagaimana yang diminta. Sila lengkapkan sebelum tekan butang SERAH.
  5. Selesai pendaftaran, satu email pengesahan akan dihantar kepada anda. Sila klik link yang disertakan dalam email tersebut untuk membuat pengesahan.
  6. Anda kini sah menjadi sebahagian dari warga SSO. Kini anda boleh LOGIN [Sila Lihat Gambar – No 2] ke akaun anda dan membuat semakan yang dikehendaki.
  7. Sekian, terima kasih.

Dibawah ammboi ada lampirkan contoh menu utama akaun Sistem Semakan Online (SSO) anda. Ada 3 link yang disediakan disebelah kanan, iaitu Status Report Polis, Status Saman Trafik dan Status Pengambilan [Sila Lihat Gambar Bawah – No 3]. Contohnya jika anda mahu buat semakan saman trafik, sila klik link berkenaan dan ruangan semakan akan dipaparkan. Biasanya no kad pengenalan (ID) sudah disertakan dan sila klik SEMAK [Sila Lihat Gambar Bawah – No 4]

semak status saman trafik

Itu sahaja yang ammboi dapat bantu anda. Jika ada apa-apa pertanyaan anda boleh ajukan kepada ammboi menerusi komen dibawah atau sila email ke sso@rmp.gov.my untuk bantuan.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (12)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Ainol Farhan says:

    Apa pnya sistem la ni! Byk kali da sy daftar tpi boleh ckp maklumat tdk lengkap au nya 10x da daftar ! Mohon upgrade sistem ni spya kmi xsusah

    • Ainol Farhan says:

      Semua maklumat kmi dan lengkapkan apa lagi

    • Ainol Farhan says:

      Saya da cuba isi,dn sy ada dpt mesej “tahniah anda berjaya pengesahan akn dihntr ke email anda” skli sy cek blik kt email “maklumat tdk lengkap”..

  2. nur syahira says:

    assalammualaikum, saya telah mendaftar bagi pengambilan PDRM lebih dari 3 kali. apabila saya sudah serahkan segala butiran dan ingin log masuk terdapat notifikasi berisikan “maklumat tidak lengkap” mohon perbaiki kan lagi sistem permohonan ini kerna terdapat ramai diluar sana yang ingin memohon bagi jawatan ini dan adalh juga saya amat memerlukan jawatan ini. sekian terima kasih.

  3. Anonymous says:

    Sy cuba tapi dia ckp id pengguna da wujud…sruh cuba ngn id lain…bnyak kali dah try

  4. ya yan says:

    masalah yang sama …id belum di aktifkan.bila bg email utk diaktifkan.kata dh di hantar tpi 2 hari sya tnggu x de msk pun.buat kali ke2..pun sama jgk..cuba cari hepline SSO mmng x jmpa..nak tnya jgk kes2 mcm ni apa citaaaaaa..!!!

  5. Anonymous says:

    sama situasi..sudah check 3x dan hantar permohonan still cakap tak lengkap

  6. fatia says:

    tu la . bila nk login dy ckp id pngguna blm aktif . dk tgu pngesahan aktif nk antaq kt gmail,xantaq2 pn .

  7. Tu ka soon says:

    Bila ada pengambilan konstabel untuk lelaki..

  8. Anonymous says:

    dah buat pendaftaran baru banyak kali. tapi bila nak log in takboleh. dapat mesej “maklumat tak lehkap”. boleh bagi ketrangan tak ?

  9. Rabiatul says:

    Assalamualaikum. Saya dah isi tapi saya tersilap isi no ic di kp lama sepatutnya di kp baru saya nak buat macam mana ya?? Akaun saya dh aktif cuma saya tersilap isi no kp di kp lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published.