SAYA HANYA BAGI PANDANGAN IKHLAS MEWAKILI KBS – KHAIRY JAMALUDDIN

| 03/06/2013 | 1 Comment

Saya Hanya Bagi Pandangan Ikhlas Mewakili KBS – Khairy Jamaluddin | Kenyataan Khairy Jamaluddin berkenaan isu ‘FAM pilih kasih’ mengundang rasa kurang senang Sultan Ahmad Shah yang telah meluahkan rasa terkilan baginda berhubung isu terbabit. Titah baginda, keputusan untuk mengadakan semula perlawanan berkenaan dan pengagihan tiket bukan kehendaknya.

Bagaimanapun Khairy yang kini merupakan Menteri Belia dan Sukan menjelaskan semua kenyataan itu hanya menyifatkan pandangannya selaras dengan jawatan menteri yang menjaga perkembangan sukan tanah air.

khairy jamaluddin

“Apa saya boleh buat. Saya hanya bagi pandangan ikhlas mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS).”

Khairy juga berkata, kenyataan dibuatnya itu merupakan pandangan diambil daripada maklum balas orang ramai yang mempersoalkan keputusan diambil FAM. Dia bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan.


Tags: , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Nor says:

    Itulah…lain kali ckp guna fakta bukan ikut pandangan org johor je…nasib baik sultan pahang tak ckp “beta murka”….kang tak pasal2 kena mengadap …

Leave a Reply

Your email address will not be published.