KLServer

HARGA TIKET FINAL PIALA FA 2013 KEKAL – FAM NAFI HARGA DINAIKKAN

| Jun 6, 2013

Harga Tiket Final Piala FA 2013 Kekal – FAM Nafi Harga Dinaikkan | Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2013 antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 29 Jun 2013 ini ada pula tersebarnya khabar angin mengatakan harga tiket perlawanan itu bakal dinaikkan. Kononnya sambutan menggalakkan dari peminat bola sepak Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) membuatkan FAM mengambil kesempatan berkenaan.

Namun dalam laporan satu laporan media, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menafikan dakwaan berkenaan. Jelasnya, tiket bagi aksi final tersebut kekal pada harga RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Katanya, pihaknya tidak pernah membuat sebarang persetujuan untuk menaikkan harga tiket tersebut, sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan tiket untuk aksi final itu akan dijual pada harga RM45.

harga tiket final piala fa 2013

“Saya tidak tahu mengenai perkara ini (harga tiket final Piala FA berharga RM45). Dakwaan tersebut tidak benar kerana FAM tidak pernah membuat sebarang kenaikan harga. Sejak dari awal musim 2012, kami telah memutuskan bahawa harga tiket untuk aksi final Piala FA adalah sebanyak RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak- kanak. Saya berharap, peminat- peminat tidak tertipu dengan sebarang laporan tidak rasmi ini. Perkara seperti ini akan menjejaskan kredibiliti FAM. Pihak kami akan mengambil tindakan serius terhadap laporan tersebut. Penyokong-penyokong bola sepak dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang laporan tanpa pengumuman rasmi daripada pihak FAM.” Katanya dipetik dari Kosmo!.


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: PIALA FA

Comments are closed.