GAMBAR BAJU KETAT – SHILA AMZAH DIKRITIK PEMINAT

GAMBAR BAJU KETAT – SHILA AMZAH DIKRITIK PEMINAT

1 447

Gambar Baju Ketat – Shila Amzah Dikritik Peminat | Kesian pula kat Shila Amzah. Baru jer memuat-naik gambarnya yang terkini untuk dikongsi bersama peminatnya terus kena hentam. Memang seperti sengaja mencari pasal, Shila Amzah telah memuat naik sekeping gambar yang cukup menyedihkan peminatnya menerusi laman Instagram.

Kenapa menyedihkan? Kerana ia memaparkan Shila dalam berpakaian ketat. Biasalah baju gym yang sendat tu. Ternyata gambar berkenaan telah mengundang pelbagai tanggapan negatif peminat terhadap Shila Amzah. Ada yang menghamburkan kata-kata lucah, dan ada juga yang menasihati penyanyi tersebut agar memadam gambar berkenaan.

shila amzah baju ketat

Atas nasihat serta pandangan orang ramai, akhirnya Shila memadam foto berkenaan dan memohon maaf kepada semua peminatnya. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai pengajaran buat Shila agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan berfikir dahulu sebelum memuat naik sebarang foto dilaman Instagramnya selepas ini.

sumber info ~ OhBulan