PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK, PELUKIS PELAN, PEMBANTU VETERINAR DAN PEMBANTU PERTANIAN BERKUATKUASA...

PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK, PELUKIS PELAN, PEMBANTU VETERINAR DAN PEMBANTU PERTANIAN BERKUATKUASA JULAI 2013

0 317

Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik, Pelukis Pelan, Pembantu Veterinar Dan Pembantu Pertanian Berkuatkuasa Julai 2013 | Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. Nampaknya skim perkhidmatan 6 jawatan diatas akan ditambahbaik. Khabarnya berkuat-kuasa 1 Julai 2013. Sehingga kini pihak jabatan sedang sibuk mengumpulkan maklumat sijil tertinggi kakitangan yang terlibat.

Walau bagaimanapun, masih menjadi tanda tanya apakah gred baru yang akan disandang oleh penjawat berkenaan. Adakah mereka akan dinaikkan kepada gred 27 atau 29? Bagaimana pula dengan jawatan sedia ada, Penolong Jurutera J29? Oh, memang banyak pertanyaan bab ni. Itu belum masuk soal gaji. Apa yang ammboi boleh katakan, sabar dan tunggu sahajalah pengumuman atau dokumen rasmi dari pihak berkenaan. Tak payah nak fikir atau propa. Dah dinaikkan pun sudah cukup bersyukur. Yang kata itu hak kita tu terpulanglah. Jangan bebankan diri anda dengan masalah yang sebenarnya langsung tidak bermasalah pada orang lain.

Dibawah ammboi lampirkan beberapa surat dari Jabatan Perkhidmatan Awam, MTSU, CUEPACS dan juga jabatan berkenaan mengenai isu Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik, Pelukis Pelan, Pembantu Veterinar Dan Pembantu Pertanian.

penambahbaikan skim juruteknik dan pelukis pelan julai 2013

surat penambahbaikan skim juruteknik dan pelukis pelan 1

surat penambahbaikan skim juruteknik dan pelukis pelan 2

surat penambahbaikan skim juruteknik dan pelukis pelan jps malaysia

surat penambahbaikan skim perkhidmatan juruteknik_Page_1

surat penambahbaikan skim perkhidmatan juruteknik_Page_2

Tahniah pada mereka yang terlibat. Semoga mutu perkhidmatan juga akan ditingkatkan. Selamat bertugas dan selamat naik GRED. Terima kasih.