MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

PROTON PERKENAL SAGA SV – KERETA MAMPU MILIK HARGA DARI RM33,438

| Jun 15, 2013

Proton Perkenal Saga SV – Kereta Mampu Milik Harga Dari RM33,438 | Seperti dijanjikan, Proton telah melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) – Proton Saga SV dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

harga proton saga sv

Model terbaru Proton Saga SV yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888, menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini. Untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic).

Proton Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna iaitu Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver, Blue Rock, Elegant Brown, dan Fire Red. Orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web Proton di www.proton.com.proton saga sv super value

Untuk info lengkap harga dan spesifikasi Proton Saga SV anda boleh rujuk disini → www.proton-edar.com.my/Experience/Models/Saga-Fl/PricingSpecs


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.