CUEPACS PANTAU PRESTASI TIGA KUMPULAN PENJAWAT AWAM YANG DINAIKKAN GRED 17 KEPADA...

CUEPACS PANTAU PRESTASI TIGA KUMPULAN PENJAWAT AWAM YANG DINAIKKAN GRED 17 KEPADA 27

0 162

Cuepacs Akan Pantau Prestasi Tiga Kumpulan Penjawat Awam Yang Dinaikkan Gred 17 Kepada 27 | Sekiranya semuanya berjalan lancar maka kenaikan gred Juruteknik (Perkhidmatan Kejuruteraan), Pelukis Pelan, Renjer Hutan, Pengawas Hutan, Pembantu Pertanian Dan Pembantu Veterinar akan diselesaikan pada awal bulan hadapan, berkuatkuasa 1 Julai 2013.

Namun begitu, diharapkan semua yang berkenaan terus tingkatkan prestasi anda bagi membuktikan kenaikan gred ini berbaloi dan satu penghargaan untuk anda. Ini kerana, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata prestasi tiga kumpulan penjawat awam yang dinaikkan gred daripada 17 kepada 27 bermula 1 Julai depan dipantau agensi terbabit bagi memastikan produktiviti mereka meningkat. Beliau berkata petugas terbabit juga perlu dihantar mengikuti pelbagai latihan kemahiran sesuai dengan gred demi memastikan produktiviti mereka meningkat dari semasa ke semasa.

datuk omar osman - presiden cuepacs

ARTIKEL BERKAITANCUEPACS HARAP KERAJAAN SELARAS ELAUN RUMAH DAN SARA HIDUP (COLA) PENJAWAT AWAM

“Kita tidak mahu mereka naik gred tetapi hasil kerja atau produktiviti mereka tidak meningkat, sama seperti sebelumnya,” katanya  dipetik dari laporan Sinar Harian.

p/s: Tahniah buat penjawat awam terlibat…