MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

BAJET 2014 DIBENTANG 25 OKTOBER 2013 – PERDANA MENTERI

| Jun 18, 2013

Bajet 2014 Dibentang 25 Oktober 2013 – Perdana Menteri | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen akan diadakan pada 25 Oktober 2013 ini. Selain itu, beliau juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar fiskal yang dipengerusikan olehnya bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

“Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita. Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.

Pembentangan Bajet 2014

“Sasaran kita ialah untuk memenuhi sasaran fiskal jangka sederhana kira-kira tiga peratus daripada KDNK pada 2015 tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi domestik dan sokongan fiskal berterusan bagi inisiatif transformasi. Ini akan dicapai melalui gabungan berhemah yang bijak tetapi perbelanjaan produktif dan pengukuhan langkah-langkah peningkatan hasil yang termasuk pulangan cukai yang lebih baik dan penguatkuasaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN),” kata beliau dipetik dari laporan Harian Metro.

Perdana Manteri turut berkata, tema perundingan belanjawan tahun ini ialah, Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi. Bajet tahun ini adalah suatu yang amat penting kepada kerajaan yang telah diberi mandat baharu untuk memenuhi aspirasi rakyat.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.