ISU ‘WANITA MISTERI’, BIAR SHAHRIZAL SELESAIKAN – TUNANG SHAHZ JASZLE

| 19/06/2013 | 0 Comments

Isu ‘Wanita Misteri’, Biar Shahrizal Selesaikan – Tunang Shahz Jaszle | Tunang Shahz Jaszle atau nama lainnya Shahrizal Jaszle, Redzwani Puteri ternyata masih tenang dengan arus kontroversi yang melanda Shahz ketika ini. Berdepan dengan isu khalwat tunangnya itu, Redzwani Puteri nyata tidak mudah melatah dan dia masih bersedia mendengar penjelasan daripada Shah mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Kalau perempuan lain agaknya sudah kalut ribut perang alaf baru agaknya. Oleh itu, ramai yang memuji ketenangan Redzwani dalam menghadapi isu berkenaan. Ketika ditanya pihak media berhubung isu khalwat dan kemunculan ‘wanita misteri’ yang mendedahkan kes berkenaan dalam program Melodi, Redzwani cuma memberitahu dia menyerahkan segala-galanya kepada tunangya untuk menyelesaikan segala masalah berkenaan.

pertunangan shahz jaszle dan redzwani puteri

“Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan,” katanya yang enggan memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Sementara itu, Ibu dan pengurus aktor tersebut yang dikenali sebagai Zaleha juga tidak mahu memberi sebarang reaksi berhubung pendedahan wanita dalam program hiburan TV3 berkenaan.

“Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini,” katanya.

Shahrizal Jaszle dan Redzwani bertunang pada 8 November 2011 dan dijangka berkahwin pada 2015.

p/s: Ok la, keluarga dan tunang masih tenang dengan apa yang berlaku. Kerana sokongan mereka penting buat Shahz Jaszle masa ini. Apapun diharapkan Shahz tidak ‘kecewakan’ mereka.


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.