SEMUA SEKOLAH DI SELANGOR, KUALA LUMPUR, MELAKA DAN KUANTAN DIARAH TUTUP ESOK

SEMUA SEKOLAH DI SELANGOR, KUALA LUMPUR, MELAKA DAN KUANTAN DIARAH TUTUP ESOK

1 113

Sekolah Di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka Dan Kuantan Diarah Tutup – Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Kuantan akan ditutup esok berikutan kualiti udara yang semakin buruk akibat jerebu. Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel. Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka berada dalam rumah dan memakai topeng jika mereka perlu keluar.

Di Melaka, kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup bermula esok ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya. Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup. IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456.

sekolah di selangor, kuala lumpur, melaka dan kuantan diarah tutup

Manakala di Kuantan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini. Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baru 149 dan Indera Mahkota. Arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah ini.

Negeri lain yang mempunyai IPU tidak sihat termasuk ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor manakala dua kawasan yang dikategori sebagai mempunyai kualiti udara sihat ialah Sandakan dan Tawau di Sabah. – Sumber Sinar Harian