MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

CUEPACS SYOR KERAJAAN BERI BONUS LEBIH SEBULAN SETENGAH KEPADA PENJAWAT AWAM

| Jun 24, 2013

Menjelang pembentangan Bajet 2014, Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bakal bersiap sedia dengan usul baru untuk penjawat awam. CUEPACS,  menerusi Presidennya, Datuk Omar Osman akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini.

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.

bonus kakitangan awam malaysia bajet 2014

“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan. Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji,” katanya dalam laporan berkenaan selain menjelaskan permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.