MULA191014TAMAT190115
KLServer

RAJA AZMI DAN EDDIE BAKAL BERTUNANG 15 JULAI 2013 INI?

| Jun 24, 2013

Selepas hampir setahun bergelar janda, penerbit sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman bakal bertunang dengan jejaka pilihannya, Mohd Eddie Ghazali pada 15 Julai ini dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada 15 September akan datang. Raja Azmi turut memberitahu dia ingin perkahwinan keduanya itu dilakukan mengikut adat Melayu kerana dia masih mempunyai ibu dan abang.

Menurut laporan Harian Metro, Raja Azmi dan Eddie yang merupakan bekas anggota kumpulan rock tahun 1990-an, CRK ini sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan yang lalu. Bercerita tentang hubungan mereka, Raja Azmi, 54, memberitahu mereka berkenalan pada Januari lalu melalui anak saudara Eddie yang merupakan jurulatih di sebuah gimnasium di Kota Damansara yang selalu dikunjunginya.

eddie-raja-azmi

“Mulanya kami berdua hanya bersahabat namun lama-kelamaan terbit pula perasaan sayang kerana Eddie sangat mengambil berat mengenai diri saya dan mahu mendekati anak-anak saya. Kami juga selalu berbincang dan berkongsi masalah bersama-sama,” ujarnya selain turut memberitahu pemain gitar bass CRK yang berusia 45 tahun ini telah kehilangan isteri enam tahun yang lalu dan sejak daripada itu, dia hanya ditemani dua orang anak lelakinya, Daniel, 21, dan Effy, 19.

“Eddie juga masih mempunyai ayah dan ibu. Dia anak anggota polis yang berasal dari Kuala Pilah, tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur. Saya akui sangat bahagia kerana seluruh keluarga kami dapat menerima hubungan ini. Doakan kebahagiaan kami,” tambahnya lagi.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.