MULA191014TAMAT190115
KLServer

BONUS PENJAWAT AWAM, PM TENTUKAN 25 OKTOBER 2013 – KSN

| Jun 25, 2013

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata dijangka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini  pembentangan Belanjawan 2014 (Bajet 2014) yang dijadual pada 25 Oktober 2013 ini.

“Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet (pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan,” katanya dipetik dari mStar Online mengulas cadangan yang bakal dikemukakan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menerusi Presidennya, Datuk Omar Osman.

tan sri ali hamsa - ksn

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti. Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.