MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

KES BUNUH DAN TANAM MAYAT BUDAK DI GUNUNG BRINCHANG – TEMAN LELAKI, IBU DITAHAN

| Jun 26, 2013

Menurut laporan terkini, lelaki yang merupakan suspek bunuh kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Umar Haiqal Mohd Hazlee sudah ditahan pihak polis dan direman seminggu bermula semalam. Dalam laporan kelmarin, Muhammad Umar Haiqal didakwa dipukul hingga mati sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan hutan di Gunung Brinchang, Cameron Highlands.

Berdasarkan laporan Harian Metro, ibu mangsa juga turut ditahan polis. Penahanan kedua-dua mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Selain itu, kereta Volvo 740 milik lelaki terbabit turut dirampas polis kerana ia dipercayai digunakan untuk membawa mangsa sebelum ditanam. Paling mengejutkan, wanita terbabit (ibu mangsa) yang juga anggota polis melarikan diri daripada tugas sejak dua tahun lalu dan tinggal bersama teman lelakinya yang dikenali pada 2010.

lokasi mayat budak dibunuh ditanam di gunung brinchang

kereta lelaki kejam

p/s: Ibu arwah polis, tapi….


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. BlogHancus says:

    Kejam sungguh…

  2. Terbelog says:

    bf dia anak dato.. tu polis tu terpikat