MULA191014TAMAT190115
KLServer

‘SAYA MASIH LAGI BELUM BERPUNYA’ – ELFIRA LOY NAFI BERCINTA DENGAN BAIM WONG

| Jun 27, 2013

Setiap kali berlakon bersama mana-mana pelakon lelaki pasti Elfira Loy akan dikaitkan ada hubungan cinta dengan pelakon berkenaan. Entah kenapa beliau mudah sangat digosipkan bercinta sedangkan Elfira sendiri mengakui dirinya masih belum berpunya dan hanya menganggap mereka tidak lebih dari kawan. Terbaru, Elfira Loy dikatakan hangat bercinta dengan pelakon Indonesia, Baim Wong.

Isu berkenaan masih panas apabila kemunculan mereka bersama di program hiburan MeleTOP malam kelmarin dan Baim Wong seperti memberikan gambaran dia dan Elfira sedang bercinta. Bagaimanapun menerusi laporan Utusan Malaysia, Elfira Loy berkata yang dirinya masih belum berpunya dan menafikan gosip sedang bercinta dengan mana-mana lelaki termasuk aktor dari Indonesia itu kerana usianya yang masih muda.

elfira loy dan baim wong

“Saya masih lagi belum berpunya. Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan digosipkan bercinta bersama. Antaranya yang pernah dikaitkan bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman,” kata Elfira Loy yang kini masih menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan pelajaran beliau di dalam bidang Seni Persembahan & Komunikasi, Kolej Damansara Utama (KDU).


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.